MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004 |
Tak boleh juga nak disorok kekecohan pergaduhan antara Mahdey ngan Si Diam@Daim . Mana
boleh sorok sorok kan? Betul kata Mahdey, kat Mesia ni, mana boleh simpan rahsia. Cakap
pada sorang, esuk 20 orang dah tahu. Sebab itu isu konspirasi menjatuhkan Anwar yang
dirancang begitu rupa oleh Mahdey/Diam dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya akhirnya
diketahui juga. Kesian gak kat Mahdey, maknanya, kawan-kawan dia sendiri tak jujur, cerita
kat bini masing-masing. Kedian ,bini lak citer kat bini orang lain.. dan seterusnya.
Maka,
kawan-kawan dan taulan dalam UMNO semuanya tersenyum lagi melihat telatah 2 orang sahabat
karib ini bertelingkah. Kalau suami isteri bergaduh, rosak rumahtangga, tapi kalau Mahdey
ngan Daim bergaduh, rosak satu negara!
Ahli-ahli MT yang baru dipilih semakin tak
sabar-sabar nak bermesyuarat, dipilihlah katakan. Dan yang lain-lain tu tertunggu-tungguu
pulak dilantik oleh Mahdey. Tapi kesian gak kat diaorang ni.. nampaknya mesyuarat MT
ditangguh lagi. Akhirnya semua MT tahu !! Bila MT tahu, isteri-isteri MT pun tahu.
Maknanya, semua rakyat Mesia akan tahu.. hahaha... lepas ni, Mahdey akan buat syarat
kepada semua ahli MT supaya jangan berbual dengan isteri sebelum tidur.. hahaha... kelakau
sungguh UMNO nih.. maklumlah, pemimpinnya pun dah tua ganyut. Yang sekor lagi lak tu dah
tak sedor diri, tamak, jahat, angkoh, pendendam . Tak padan ngan kontotnya.. .jahat betul
perangai, lebih jahat dari Commodos (maharaja Rom dalam Gladiator).
Lepas ni, kita
tengoklah pula lakonan pelawak negara Mahdey dengan dibantu oleh rakan seangkatan
dengannya Pak Lah anak Bani Tamin menjawab pertanyaan wartawan hal beliau ngan Daim nih!!!
Mahdey
akan jawab, " mana awak tahu semua cerita ini? Nampaknya awak semua ni lebih tahu
dari saya?"
atau,
" kamu semua ni dah tak ada kerja lain ke, asyik
jaga tepi seluar saya saja!" ,
atau yang lebih trajis,
" sudahlah...
sudahlah... saya tak sanggup lagi difitnah begini.. cukuplah Anwar saja yang
difitnah"..
Maka rakyat Mesia pun terus tergelak.. gelak dan gelak, gelak
mereka ialah sebab piala thomas dah dikebas dek orang-orang Indon. Gelak mereka ialah
kerana Ling Liong Sick diberi cuti 2 minggu. Lepas cuti, ke mana agaknya Ling pergi?
Hahaha.... dah tahu jawapannya!!
Dahlia/KL
|